Friday, March 26, 2010
TUGASAN 5
1. Perhatikan apa yg ada pada laman-laman web.
2. Sediakan satu jadual pada blog kumpulan anda yg,
(a) menyenaraikan apa unsur-unsur yg boleh diwujudkan pada sesuatu lelaman dan,
(b) menerangkan fungsi unsur-unsur itu.
3. Perhatikan extension yg terdapat pada fail-fail dalam komputer anda. Nyatakan komen anda tentang jenis-jenis fail-fail itu dalam blog kumpulan.
4. PERINGATAN: Sudah ke dimasukkan pautan (link) dari blog kumpulan ke lelaman peribadi setiap ahli kumpulan?
Jawapan soalan 5.1
1. Tanda Dagangan atau Hak Cipta
2. Kaitan Dengan Laman Web
3. Polisi Persendirian
4. Penafian
5. Had Liabiliti
6. Bidang Kuasa
7. Servis Perkongsian Fail
Jawapan soalan 5.2
Jawapan soalan 5.3
Extension fail adalah satu dokumen yang terdapat di dalam satu laman web yang juga merupakan rangkaian bagi menghubungkan diantara laman web lain. extensions fail juga adalah singkatan bagi sesebuah fail yang terdapat dalam komputer. Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti video, audio, teks, grafik dan gambar.
Komen yang pertama ialah laman web yang mana ianya membawa kebaikan bagi penggunaan seseorang mahupun untuk perniagaan yang mana ianya akan diakses ke internet
Komen kedua extension membawa banyak masalah di dalam dunia cyber sekarang kerana sering disalahgunakan. Sebagai contoh video yang digunakan bagi penyiaran yang tidak baik (18sx)
Komen ketiga iaitu berkaitan extension grafik, yang mana juga membawa masalah disebabkan banyak penyelewengan. Walaubagaimanapun ianya tetap membawa kebaikan kepada pendidikan dan perniagaan.
Jawapan soalan 5.4
Sudah dilaksanakan.
Thursday, March 25, 2010
Pautan Ke Laman Peribadi
Pensyarah Kelas Teknologi Maklumat
MUHAMMAD ANWAR BIN BASALIE YA2008-1251
http://muhammadanwarbasalie.blogspot.com/
ARMAN BIN HJ AWANG ASAL YA2008-1462
http://armanhjagasal.blogspot.com/
MOHD FAIROZ BIN YAHYA YA2008-1470
http://mohdfairozyahya.blogspot.com/
TUGASAN 2
1.Sediakan jadual tentang 'fungsi ICT dan perkakasan serta perisian berkaitan' dalam MS Word. Berikan perincian sebanyak mungkin.
2.Hantar sebagai e-mail attachment ke komunikasi.ums@gmail.com
3.Salinkan (cc) kepada ahli-ahli kumpulan anda
Jawapan soalan 2.1
PERKAKASAN KOMPUTER
Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.
Komponen bagi ketiga-tiga kategori dihubungkan kepada pemproses mikro, iaitu unit pemprosesan pusat (CPU), iaitu litar elektronik yang membekalkan kebolehan mengira dan mengawal komputer melalui litar yang dipanggil bas.
Interaksi antara perkakasan input dan output dikawal oleh perisian yang dipanggil Basic Input Output System (BIOS). Walaupun pemproses mikro dianggap sebagai perkakasan, sebahagian fungsinya adalah berkaitan dengan perisian komputer. Oleh kerana pemproses mikro mempunyai ciri-ciri perkakasan dan perisian komputer, maka ia selalu dikenali sebagai firmware.
Pemproses atau unit pemprosesan pusat merupakan komponen utama dan berfungsi sebagai otak dalam sistem komputer. Ia mengandungi berjuta litar yang melakukan pengawalan audio, video, pengiraan matematik dan arahan komunikasi.
Oleh kerana tanggungjawab dan tugasnya yang banyak, pemproses direka untuk beroperasi dengan pantas bagi membolehkan pemprosesan berjuta-juta arahan setiap saat terutamanya dengan penggunaan perisian yang semakin canggih hari ini.
Jenis pemproses utama menggunakan platform x86 dengan pemproses dari Intel, AMD dan Cyrix. Sistem Apple pula dilengkapi dengan pemproses PowerPC. Walaupun berbeza dari segi rekabentuk/arkitektur serta sokongan sistem operasi yang berbeza, fungsi CPU dalam semua jenis komputer adalah serupa iaitu memproses arahan.
Sebelum memasukkan pemproses, pastikan dahulu jenisnya boleh digunakan pada papan litar utama kerana tidak semua papan litar utama menyokong semua jenis cip.
PERKAKASAN INPUT
Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari yang boleh diterima oleh CPU.
1. Papan Kekunci
Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan kursor pada skrin.
Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.
2. OMR, OCR dan MICR
Terdapat beberapa kaedah membaca data berbentuk aksara atau tanda. Pembaca dokumen (document reader) adalah peranti yang membaca data terus dari borang. Antara pembaca dokumen yang biasa adalah Optical Mark Reading (OMR), Optical Character Recognition (OCR) dan Magnetic Ink Character Recognition (MICR).
OMR adalah sistem pembacaan baris atau tanda yang telah dibuat tepat kedudukannya pada kad atau dokumen. Contoh borang OMR adalah kertas saranan jawapan aneka pilihan.
OCR boleh mengesan aksara berdasarkan bentuknya. Pengimbas pada mulanya hanya digunakan untuk mengimbas gambar, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengimbas teks. Ia memerlukan perisian OCR. OCR boleh membaca tulisan cetakan dan juga tulisan tangan.
MICR mengesan aksara yang terbentuk dari dakwat magnetik. Contoh penggunaan MICR adalah pengesanan nombor pada cek bank.
Contoh-contoh peranti lain yang dapat mengesan aksara adalah pembaca kod bar (misalnya pada tanda harga) dan pembaca jalur magnet (pada kad kredit atau tiket).
3. Tetikus
Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata.
Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus.
4. Pen Cahaya
Pen cahaya digunakan untuk melukis terus di atas skrin monitor atau memilih maklumat pada skrin dengan menekan klip pada pen atau dengan menekan pen cahaya ke atas permukaan skrin. Pen men gandungi pengesan cahaya yang dapat menentukan bahagian mana skrin yang dilalui.
5. Skrin Sentuh (Touch Screen)
Skrin Sentuh adalah skrin di mana data boleh dimasukkan ke dalam komputer hanya dengan menyentuhnya dengan jari. Item yang dipilih adalah seperti apa yang dilakukan ol;eh tetikus atau pen cahaya.
6. Tablet Grafik
Tablet Grafik adalah papan yang boleh mengesan kedudukan stylus (pen) di atas permukaannya. Ia boleh digunakan untuk menyurih lukisan yang diletakkan di atasnya.
7. Kayu Ria (joystick)
Kayu ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kurssor atau objek grafik lain pada skrin komputer.
8. Pengimbas Optikal
Pengimbas optikal menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej seperti gambar atau teks kepada isyarat elektronik yang boleh dimanipulasi oleh komputer. Dua jenis pengimbas yang biasa adalah "flatbed scanner", yang seakan-akan mesin fotostat dan pengimbas "hand held" yang dilalukan ke atas imej untuk diproses.
9. Mikrofon
Mikrofon adalah peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh komputer.
10. Modul Pengecam Suara
Modul pengecam suara adalah peranti yang menukarkan percakapan kepada maklumat yang boleh dicam dan diproses oleh komputer.
11. Modem
Modem adalah peranti yang menghubungkan komputer dengan talian telefon dan membenarkan maklumat dihantar atau diterima dari/ke komputer lain. Setiap komputer yang menghantar atau menerima maklumat mestilah disambungkan kepada modem. Maklumat yang dihantar dari sebuah komputer akan ditukar kepada isyarat audio oleh modem, yang dihantar melalui talian telefon kepada modem penerima yang menukar semula isyarat kepada maklumat di mana komputer penerima dapat memahaminya.
Modem merupakan peranti yang sangat diminati hari ini. Ini disebabkan perkembangan pantas Internet memerlukan pengguna melengkapkan PC dengan modem bagi sambungan Internet.
Modem merupakan peranti yang dapat menukarkan isyarat digital (digunakan oleh komputer) kepada isyarat analog (digunakan dalam talian telefon) dan sebaliknya.Jenis modem dibezakan oleh kepantasan penghantaran data (misalnya 14.4 kilobait per saat , 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan 56.6 Kbps). Dengan modem yang lebih pantas, pengguna dapat mengurangkan masa mendapatkan data.
Terdapat dua kategori modem di pasaran iaitu modem dalaman (internal modem) dan modem luaran (external modem). Modem dalaman adalah berbentuk kad yang dimasukkan ke dalam slot tambahan pada papan litar utama. Modem luaran pula disambungkan ke pelabuhan (port) dan ianya memerlukan bekalan kuasa yang berasingan.
PERKAKASAN OUTPUT
1. Paparan Video
Paparan video, atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid crystal display" (LCD).
Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen. Maklumat dari CPU dipaparkan amenggunakan pancaran elektron yang mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan membentuk imej.
Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook.
2. Pencetak
Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar.
PERKAKASAN STORAN
Perkakasan storan menyediakan storan kekal bagi maklumat dan program untuk diambil oleh komputer. Dua jenis peranti yang utama ialah pemacu cakera dan ingatan (memory).
1. Ingatan
Ingatan merujuk kepada cip komputer yang menyimpan maklumat yang dapat diakses dengan cepat oleh CPU.
Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory - RAM) digunakan untuk menyimpan maklumat dan arahan yang melaksanakan program komputer. P:rogram akan dipindahkan dari storan pada pemacu cakera kepada RAM. RAM adalah tempat storan sementara di mana isi kandungannya akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
Dengan saiz RAM yang lebih besar, pengguna dapat menikmati persembahan yang lebih pantas terutama ketika menggunakan sistem operasi Windows 95 atau perisian-perisian yang canggih. Dengan saiz RAM yang besar juga, operasi multitasking dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. (Contoh operasi multitasking adalah apabila kita membuka lebih dari satu perisian serentak - misalnya Word, Excel dan Powerpoint).
RAM terdiri dari litar yang diletakkan di atas papan kecil dengan jejari untuk dimasukkan ke dalam slot tertentu pada papan litar utama. RAM jenis lama mempunyai 30 pin sementara kebanyakan sistem hari ini menggunakan RAM 72 pin. Selain dari jumlah jejari yang berbeza, kebanyakan PC hari ini juga menggunakan ingatan jenis EDO (Extended Data Out) yang lebih pantas dari ingatan jenis lama seperti Fast Page.
Terdapat jenis memori baru yang dipanggil "Synchronous DRAM"(SDRAM) yang memberi persembahan baik dan harganya semakin menghampiri harga memori EDORAM. SDRAM menghasilkan kadar hantaran lebih pantas antara CPU dan memori.
Jumlah ingatan yang boleh dimasukkan dalam sesebuah PC bergantung kepada jumlah bank ingatan pada papan litar utama. (Pastikan anda memeriksa spesifikasi sistem dan konfigurasi susunan pada bank sebelum membeli dan menambah ingatan)
Ingatan Baca Sahaja (Read Only Memory - ROM) mengandungi maklumat dan perisian kritikal yang kekal agar komputer dapat beroperasi. ROM adalah ingatan tak meruap kerana cip ingatan tidak akan kehilangan maklumat apabila bekalan kuasa diputuskan.
Selain memori, komponen yang berupaya mengurangkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas ialah cache memori yang dipanggil cache aras 2 (Level 2 - L2). Cache L2 menjadi sumber terdekat bagi prosesor mendapat data dan pada kadar lebih pantas berbanding RAM.
Seperti komponen lain, saiz cache L2 ialah 512KB. Dengan saiz lebih besar, lebih banyak kod boleh disimpan dan dihantar kepada pemproses. Ia berfungsi menyimpan data/arahan yang kerap diminta oleh CPU.
2. Pemacu Cakera
Terdapat beberapa jenis pemacu cakera : cakera keras, cakera liut, cakera magneto optical, CD-ROM dan ZIP.
Cakera Keras. Komponen ini dianggap sebagai gudang atau stor yang menyimpan data.Semua maklumat ditulis dan dibaca ke/dari cakera keras. Cakera keras yang terdapat di pasaran hari ini berupaya menyimpan antara dua hingga tujuh gigabait data. Keupayaannya terus ditingkatkan dengan beberapa syarikat sedang membangunkan cakera dengan storan 9GB.
Dengan saiz aplikasi terutama dengan gabungan video dan audio, pemilihan cakera keras dengan storan lebih tinggi ialah opsyen terbaik.Selain saiz, persembahan cakera keras turut berbeza dan ia dipengaruhi kepantasan akses, pusingan setiap minit (RPM), dan saiz cache sesuatu cakera. Lebih pantas masa akses dan lebih tinggi RPM, maka lebih pantas persembahan cakera dan secara langsung meningkatkan keupayaan PC.
Terdapat cakera keras yang menyokong standard IDE dan SCSI. Daripada kajian, cakera keras SCSI lebih pantas tetapi harganya lebih tinggi. Selain itu, cakera keras jenis ini memerlukan pengawal SCSI (SCSI Controller). Kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan cakera keras jenis IDE. Ia tidak memerlukan kad tambahan dan boleh dipasang terus ke dalam sistem dengan sokongan EIDE. Persembahan cakera EIDE juga semakin pantas dengan peningkatan masa carian dan masa akses.
Pemacu CD-ROM.Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya.
Kelajuan pemacu (biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X,24X dsb) dikira berdasarkan pusingan. Kebanyakan pemacu CD-ROM pada hari ini berpusing pada kadar 16X iaitu kadar data boleh dihantar ke cakera keras. Pemacu CD-ROM 16X mencukupi bagi penggunaan seharian serta aplikasi multimedia.
Digital Versatile Disk (DVD). Teknologi cakera Cd yang paling mendapat perhatian hari ini ialah DVD. Kelebihan utama DVD berbanding dengan CD-ROM ialah keupayaan storan yang 10 kali lebih besar berbanding dengan CD tradisional. Keupayaan storan tinggi ini membolehkan kandungan multimedia berkualiti seperti cakera laser dapat disimpan dalam satu CD. Contohnya, sebuah filem 120 minit hanya boleh disimpan dalam dua keping CD-ROM. Dengan menggunakan DVD, semua kandungan filem dapat dimasukkan. Cakera DVD hari ini mempunyai kapasiti 4.7GB (single sided). Walau bagaimanapun cakera DVD hanya boleh dibaca sahaja.
Pemacu ZIP (ZIP Drive). Penyimpanan data menggunakan pemacu ZIP mula mendapat perhatian kerana keupayaannya menyimpan data lebih besar serta fungsi mudah alih data dalam cakera seperti kaedah cakera liut. Secara umum, pemacu ZIP berfungsi seperti pemacu cakera liut, bezanya hanya dari segi kapasiti storan di mana setiap cakera ZIP boleh menyimpan sehingga 100MB data.
Terdapat dua jenis pemacu ZIP, iaitu jenis yang dipasang seperti pemacu cakera liut manakala satu jenis lagi dipasang di luar (external). Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai kapasiti storan yang sama.
3. Sambungan Perkakasan
Untuk berfungsi, perkakasan memerlukan sambungan fizikal bagi membenarkan komponen-komponen berkomunikasi dan berinteraksi. Bas menyediakan sistem sambungan litar yang mengkoordinasi dan menggerakkan maklumat antara bahagian-bahagian dalam komputer. Bas komputer mempunyai dua rangkaian, satu yang digunakan oleh CPU bagi menempatkan data yang dipanggil "address bus" dan satu lagi untuk menghantar dap;a kepada address tersebut yang dipanggil "data bus". Bas ditentukan melalui dua ciri iaitu berapa banyak maklumat dapat dimanipulasi pada satu-satu masa, dipanggil lebar bas (bus width), dan satu lagi berapa cepat ia dapat menghantar data tersebut.
Sambungan bersiri adalah merupakan wayar atau set wayar yang digunakan untuk memindahkan maklumat dari CPU kepada peranti luar seperti tetikus, papan kekunci, modem, pengimbas dan beberapa jenis pencetak. Jenis sambungan ini hanya memindahkan satu data pada satu-satu masa, jadi ianya adalah lambat. Kelebihan menggunakan sambungan bersiri adalah ia menyediakan sambungan yang efektif pada jarak yang jauh.
Sambungan selari menggunakan set wayar untuk memindahkan satu blok maklumat serentak. Kebanyakan pengimbas dan pencetak menggunakan jenis sambungan ini. Sambungan selari lebih laju dari sambungan bersiri, tetapi jaraknya adalah terhad (kurang dari 3 m), antara CPU dan peranti luaran.
Dipetik daripada internet www.tripod.com
Jawapan 2.2
Telah di laksanakan
Jawapan 2.3
Telah di laksanakan dan di agihkan kepada ahli kumpulan
TUGASAN 3
1.Kemaskini dan hantar semula tugasan tentang fungsi, perkakasan dan perisian mengikut apa yang diulas dalam kelas pada 27 Februari 2010.
2.Buat carian tentang ICT dan security. Sediakan nota tentang carian itu. Masukkan apa-apa ilustrasi* yang bersesuaian dan hantar nota tersebut sebagai file attachment yg dienkripsi (encrypted attachment) ke e-mel komunikasi.ums@gmail.com. Jangan lupa berikan katalaluan (password) anda dalam e-mel itu.
3.Buat carian tentang file compression. Sediakan nota berdasarkan carian itu. Masukkan apa-apa ilustrasi yg bersesuaian. Hantar ke e-mel komunikasi.ums@gmail.com
Jawapan soalan 3.1
Dihantar melalui email kumpulan kepada email Pensyarah
Jawapan soalan 3.2
CARA-CARA ATAU KAEDAH MEMBUAT Security Password
1. Langkah pertama
• Setelah mengisi maklumat, Klik Save/Save As
2. Langkah kedua
• Klik ikon Tools dan pergi ke General Options
3. Langkah ketiga
• Isikan password yang telah dipilih ke dalam kotak yang ditunjukkan
4. Langkah empat
• Setelah mengisi Password klik ikon Protect Document dan klik ikon ok.
5. Langkah kelima
• Selepas itu klik ikon Save file
SEKURITY PASSWORD
Kata laluan (password) merupakan penjaga kepada maklumat sulit atau peribadi dan seharusnya ianya dilengkapi dengan ciri-ciri yang sukar untuk ditembusi dan diketahui oleh orang lain.
Kunci untuk kata laluan selamat: kepanjangan dan kekompleksan
Kata laluan yang ideal seharusnya panjang dan mengandungi huruf, simbul, nombor dan tanda baca(punctuation)
1. Sebolehnya gunakan sekurang-kurangnya 14 aksara atau lebih
2. Lebih besar kepelbagaian aksara dalam kata laluan lebih bagus
3. Gunakan hamper kesemua aksara pada papan kekunci berbanding yang selalu digunakan
Dipetik Daripada www.kripkornstudios.com
Jawapan soalan 3.3
KAEDAH MENGECILKAN FAIL (PRAKTIKAL)
PENGECILAN FAIL (TEORI)
Langkah 1
Buka WinZip.
Langkah 2
Klik pada ikon Teratas. Sebuah tetingkap akan terbuka memaparkan folder pada disk anda.
Langkah 3
Bergerak melalui folder sehingga anda menemukan folder di mana anda ingin menyimpan fail terkompress.
Langkah 4
WinZip mencipta sebuah fail yang disebut "arkib." Nama arkib anda.
Langkah 5
Klik Simpan. Anda akan kembali ke tetingkap utama WinZip.
Langkah 6
Anda sekarang harus menambah fail ke arkib yang baru saja anda buat. Klik Add. Sebuah tetingkap akan terbuka yang memaparkan fail dan folder pada disk anda.
Langkah 7
Bergerak melalui folder sampai anda menemukan file yang ingin Anda kompres. Pilih fail.
Langkah 8
Dalam menu mampatan, pilih tingkat kompresi yang anda inginkan. Pilihan yang mungkin termasuk muzik, None, Fast, tercepat dan Maksimum.
Langkah 9
Tambah laluan pilihan, jika diinginkan.
Langkah 10
Klik Tambah. Anda akan kembali ke menu WinZip utama.
Langkah 11
Gambar terkompress anda sekarang ditambah ke arkib.
Langkah 12
Tutup WinZip
Dipetik Daripada www.ehow.com/how_8462_compress-file-with.html dan telah di alih bahasa
TUGASAN 4
1.Senaraikan perkhidmatan-perkhidmatan yg ditawarkan oleh Yahoo! dan Google.
2.Sediakan satu laporan utk dimuatkan dalam blog kumpulan anda yg membandingkan perkhidmatan yg ditawarkan oleh Yahoo! dan Google yg menghuraikan kelebihan atau kekurangan mereka.
3.Jika anda diberi peluang membuat pilihan di antara Yahoo! dan Google utk membuat carian maklumat, yg mana menjadi pilihan anda dan mengapa?
4.Selain Yahoo! dan Google, berikan enjin-enjin carian lain dan apa kelebihannya berbanding Yahoo! dan Google - itupun jika adalah :)
Jawapan soalan 4.1
PERKHIDMATAN GOOGLE
1.Pencarian
2.Imej
3.Berita
4.Buku-buku
5.Terjemahan
6.Gmail atau Email
7.Scolar
8.Carian tempat-tempat
9.Peta kawasan
PERKHIDMATAN YAHOO
1.Pencarian
2.Imej
3.Video
4.Local atau tempat
5.Shopping
6.Email yahoo
7.Carian barang
8.Carian tempat
9.Peta kawasan
Jawapan soalan 4.2
Google dan Yahoo, merupakan satu alat yang digunakan untuk mencari bahan maklumat, menghantar maklumat, proses jual beli barangan dan perkhidmatan online, dan banyak lagi. Sehingga hari ini hampir semua masyarakat siber menggunakan google mahupun yahoo sebagai email untuk berinteraksi antara satu sama lain ataupun secara bertabur dalam menyampaikan maklumat.
Google dan yahoo masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri di mana kedua-duanya juga mempunyai kegunaan seperti search pada halaman utama. Namun demikian kedua-duanya juga mempunyai kelemahan. Antaranya seperti berikut:-
1. Alerts
Google Alerts (beta)
Google Alerts adalah pilihan email yang baru kepada penggunan yang menawarkan web, berita, dan sebagainya mengikut citarasa pengguna
Yahoo! Alerts
Get real-time akan dikemaskini dan terus dikirimkan melalui email, telefon bimbit, atau Yahoo Messenger.
2.Answers
Google Answers
Adalah kemudahan kepada pegangan dengan mudah untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan
Yahoo Answers
Akan mencari maklumat yang dicari dengan teliti sepertimana yang diinginkan oleh pengguna.
3.Desktop Search
Google Desktop
Akan menentukan email, file, media, riwayat web dan berchatting secara langsung.
Yahoo! Search Desktop (beta)
Disediakan secara percuma dengan menawarkan downloadable search application dan memastikan setiap fail itu dapat disimpan mengikut citarasa yang diingini.
4. Directory
Google Web Directory
Sistem yang telah direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory dimana memudahkan pencarian di web.
Yahoo! Directory
Akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di web.
5. Finance
Google Search Feature: Stocks
untuk mengunakan google bagi mendapatkan maklumat mengenai saham hanya memasuki salah satu simbul ticker.
Yahoo! Finance
Pengguna memiliki akses pelbagai di yahoo bagi kemudahan ini.
6. Groups
Google Groups (beta)
Google Group adalah perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.
Yahoo! Groups
Bagi Yahoo pula ianya direka bagi memudahkan pelanggan menggunakannya bersama keluarga, teman dan ianya telah direka melalui web dan email berkumpulan.
7. Image search
Google, Image Search
Pencarian gambar Google adalah yang paling komprehensif di web dengan menawarkan lebih dari satu juta gambar yang tersedia untuk dilihat.
Yahoo!, Image Search
Image Search yahoo juga menawarkan berjuta-juta gambar kepada pelanggan.
8. Local Search
Google Local
Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data local yang dicari
Yahoo local
ada menyediakan yellow pagesnya tersendiri bagi memudahkan pelangan terus mencari nombor telefon, alamat dan sebagainya.
9. Mail
Gmail
Gmail adalah satu lagi medium baru bagi mengantar web email. Sistem ini akan lebih memudahkan berbanding menghantar surat. Maklumat di salur secara automatic (contoh berita)
Yahoo! Mail
Mail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan mengunakan cross-platform penyelesaian email, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding pesaing lain.
10. Maps
Google Maps (beta)
Google Maps adalah layaran Google yang menawarkan perkhidmatan yang canggih dengan teknologi perpetaan termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.
Yahoo! Maps
Peta perjalanan dan arah perjalanan untuk Bandar yang terdapat di USA sahaja.
alamat dan sebagainya
11. Mobile
Google Mobile
Pencarian google terletak ditangan penguna.
Yahoo! Mobile
penggunaan juga dapat membaca berita, maklumat yang diperlukan, serta muaturun maklumat yang diperlukan.
12. Movies
Google Search Feature: Movies
google menawarkan pencarian mudah dengan hanya klik di ruang pencarian google sahaja untuk mencari tajuk serta tarikh ditayangkan .
Yahoo! Movies
Yahoo pula menawarkan Trailers, DVD, tayangan, ulasan, dan banyak lagi.
13. News
Google News (beta)
Google News menawarkan lebih dari 4,500 berita terbaru seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa.
Yahoo! News
Yahoo News pula menawarkan di halaman utama yahoo dan hanya apabila ke ruangan berita pelangan akan memperolehi pelbagai berita di seluruh dunia.
14. Personal Page
Google
personalized homepage akan memberikan pelangan melayari web diseluruh dunia.
Yahoo
Pelangan akan dapat melayari dimana sahaja web yang diingini oleh pelangan dan juga menawarkan perkhidmatan email, berita, tv dan filem berdaftar serta banyak lagi.
15. Photos
Google, Picasa
Picasa perisian yang membantu pelangan mencari maklumat, mengedit dan pelbagai gambar yang terdapat didalam computer pelangan.
Yahoo! Photos
dapat meyimpan setiap gambar kedalam album dan juga dapat menhantar kepada semua kawan melalui email.
16. Product Search
Froogle (beta)
Froogle adalah kemudahan yang ditawarkan pencarian secara spesifik tentang kedai yang menjual barangan yang dicari serta menunjukkan lokasi tersebut.
Yahoo Shopping
Dalam Yahoo Shopping, pelangan dapat mencari barangan yang diingini dan membuat perbandingan harga dengan menggunakan Yahoo Store dalam mencari harga yang terbaik.
17. Product Testing
Google Labs
Google labs yang menyediakan idea yang menarik bagi mereka yang mencari maklumat.
Yahoo Next
ianya menyediakan perkhidmatan yang terbaru yang dilakukan seumpama yang dilakukan hari ini berkerja untuk hari esok.
18. Social Networking
Google (Orkut)
ianya memberi pelanggan berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat.
Yahoo 360°
Dengan Yahoo 360°, pelanggan akan disediakan suatu tempat yang khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan.
19. Toolbar
Google Toolbar
Yahoo! Toolbar
20. Travel
Google Search Feature: Travel Times
menyediakan kemudahan pencarian seperti hotel, airport serta tempat yang menarik untuk dilawati.
Yahoo Travel
memudahkan pelanggan mencari dimana tempat yang ingin dilawati.
21. Video Search
Google Video Search (beta)
mencari rancangan TV didalam talian.
Yahoo Video Search
22. Weather
Google Search Feature: Weather
Memudahkan pelangan mengetahui keadaan cuaca di tempat sendiri mahupun dikawasan lain.
Yahoo News Weather
keadaan grafik disediakan, keadaan semasa, cacatan seluruh dunia yang telah disedikan oleh weather.com.
23. Web Search
Google
Selain kemudahan yang ditawarkan kepada lebih 8 billion halaman web, Google juga memiliki banyak lagi kemudahan bagi kemudahan pelangan.
Yahoo Search
yahoo juga menawarkan maklumat pencarian kepada pelangan, pelangan akan mendapat apa yang diingini dengan pencarian yang mudah dan senang.
Jawapan soalan 4.3
Jika diberi peluang, bagi kami carian Google adalah pilihan tepat kerana segala maklumat banyak terdapat didalam google dan maklumat yang terkandung dalam google sentiasa dikemaskini.
Jawapan soalan 4.4
Engin carian lain seperti msn.com, carigold.com, ask.com dan sebagainya.
Bagi kumpulan kami engin carian lain bukanlah tidak mempunyai kelebihan dan kekurangan berbanding dengan engin carian yahoo dan google, tetapi ini kerana kebanyakan orang lebih menyukai carian dengan yahoo dan google. Begitu juga dengan kumpulan kami, setiap carian hanya kami gunakan yahoo dan google. Oleh yang demikian, kumpulan kami tidaklah dapat memberikan perbezaan antara engin carian yahoo dan google dengan engin carian lain.
Dipetik Daripada http://www.lukew.com/ff/entry.asp?189 dan telah Di Alih Bahasa